Monday 26 November 2012

Cara menggunakan Minyak Habbatus Sauda





Cara menggunakan Minyak Habbatus Sauda






Batuk dan Semput
Sapukan Minyak Habbatus Saudapada dada dan belakang. Campurkan satu sudu teh Minyak Habbatus Saudake dalam air mendidih dan hidu wapnya 2 kali sehari. Minum satu sudu teh Minyak Habbatus Sauda setiap pagi.
Untuk sakit hidung, tekak dan tonsillitis
Campurkan beberapa titik minyak Habbatus Saudake dalam satu cawan air mendidih dan hidu wapnya. Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan dengan jus limau setiap hari.
Untuk Sakit Mata dan penglihatan yang kurang terang
Sapukan minyak Habbatus Saudadisekeliling mata dan kelopak mata. Minum setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan dengan jus lobak merah. Bagi yang memiliki penglihatan pudar, teruskan kaedah ini.
Rambut Gugur & Pertumbuhan Uban Terlalu Awal
Sapukan kulit kepala seluruhnya dengan limau dan biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air dan syampu dan keringkan rambut. Selepas itu, sapukan Minyak Habbatus Sauda  kepada seluruh kulit kepala. Teruskan untuk beberapa minggu.
Sakit Belakang & Sengal-Sengal Tulang
Panaskan sedikit Minyak Habbatus Saudadan sapukan kepada bahagian yang sakit. Minum setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda selama 15 hari.
Sakit Kepala & Telinga
Sapukan Minyak Habbatus Sauda pada dahi, dan di bahagian sebelah muka hingga daerah telinga dan di belakang telinga. Minum setengah sudu teh Minyak Habbatus Sauda. Teruskan selama 3 hari.
Sakit Gigi
Kumuh air panas yang bercampurkan setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda. Bubuhkan minyak Habbatus Sauda pada gigi yang sakit.

Khasiat delima & pati delima gulsan



Photo: Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai khasiat yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah syurga dan diberitakan di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali. Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).


MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.



Khasiat lain : 

Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melawan penyakit gout
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat ‘sinus’
Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi 
Meningkatkan tenaga
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar 
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Mengatasi masalah penyakit buasir
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredaran darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor
Antioksida yang tinggi
Menstabilkan paras kolesterol
Mencegah penyakit jantung
Mencegah penyakit barah
Merangsang tenaga batin



SENARAI HARGA BORONG!!

                1 Carton  (24 botol)  Rm13.00/1btl    RM312

     ** Harga lebih menarik dengan pembelian 4 karton dan ke atas





Khasiat Delima .

  • Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  • Melawan penyakit gout
  • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  • Merawat ‘sinus’
  • Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi 
  • Meningkatkan tenaga
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar 
  • Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  • Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
  • Mengatasi masalah penyakit buasir
  • Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
  • Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  • Menormalkan fungsi hati
  • Menstabilkan peredaran darah
  • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  • Mencuci darah kotor
  • Antioksida yang tinggi
  • Menstabilkan paras kolesterol
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mencegah penyakit barah
  • Merangsang tenaga batin




1 Carton (24 botol) Rm13.00/1btl = RM312



Photo: Pati delima gulsan hanya RM15/ bottle sahaja di kedai eridani!! 


Dengan pembelian secarton terdapat potongan istimewa!!

1 Carton (24 botol) Rm13.00/1btl   =  RM312

Friday 23 November 2012

Pembelian secara pengeposan dari kedai Eridani


Pembelian secara pengeposan dari Kedai Eridani 



Terima Kasih kepada para pelanggan kedai eridani.






















Sunday 18 November 2012

Minyak Zaitun Untuk turunkan berat badan






Minyak Zaitun Untuk Turunkan Berat Badan
Minyak zaitun dikenali sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Penyelidikan terbaru di Kolej Beloit di Wisconsin melaporkan bahawa mengambil 1 sudu teh setiap hari mampu menolong mereka yang ingin menurunkan lemak sehingga 1 lbs seminggu. Minyak zaitun berasal dari pokok zaitun (Olea europaena) dan merupakan tanaman Mediterranean tradisional.
Bagaimana Minyak Zaitun Bekerja?
Minyak Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan asid oleik dalam minyak zaitun merupakan komponen yang dipercayai bermanfaat sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak berhenti mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang disimpan ke dalam aliran darah sehingga boleh dibakar.
Dalam pencernaan, asid oleik ditukarkan ke OEA, hormon melawan kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan memberitahu otak anda bahawa anda telah penuh. Menurut kajian, mereka yang mengambil satu sudu teh minyak zaitun ketika sarapan mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga 60% berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Minyak zaitu diyakini membakar dengan cepat dan menghasilkan peningkatan metabolisme. Para penyelidik dalam kajian ini mengesyorkan mengambil satu sudu minyak zaitun di waktu pagi dengan perut kosong.
Kebaikan Minyak Zaitun
Menurut Klinik Mayo, minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam lemak. Ia mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) melaporkan bahawa kira-kira 2 sudu minyak zaitun setiap hari (23 gram) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Apakah Jenis?
Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran. Carilah yang ada tulis ‘extra virgin’ atau ‘virgin’. Ini adalah yang paling baik untuk kesihatan jantung kerana ia mengandungi tahap polyphenol yang tinggi, satu antioksidan yang kuat untuk kesihatan jantung. Jika sukar nak menelan minyak zaitun, boleh campurkan dalam salad. Selamat mencuba.




Kredit : Minsyam

Tuesday 6 November 2012

Biji Buah Aprikot & khasiat kebaikkannya.






Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....
masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...

Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok

Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.

Biji yang penuh dengan KEAJAIBAN pada abad ke 21

JUGA BERTINDAK

•Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
•Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masaalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental

Tip Kanser :

Amalkan memakan makanan yang mengandungi B17 di bawah ini.

a. Broccoli, asparagus, beets,(tumbubuhan yang akarnya manis), Kobis,Lobak merah,Bunga kobis,celery, timun , lemon hijau dan kuning,

b. Kacang hijau, kacang merah, dan kacang buncis, lada hitam ( yang muda) Bayam, spinach, biji sawi, collards, asparagus, salad, kacang bendi, daun parsley, kobis, segala jenis lobak, sayaur yang ada getah putih dan berdaun besar,sengkuang cina, daun gandum muda, barley grass, Ubi sengkuang, tauge, bawang putih dan bawang merah.

Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph

1.Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.

Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.

Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya.

Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut

anti penuaan, ketahanan badan ,meningkat sistem imuniti , kardiovaskular dan masalah peredaran darah , kencing manis , sawan, keletihan kronik , Detoksifikasi hatipenyakit autoimmune/SLE , asma/alahan , radang paru-paru , Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar.



Untuk kewanitaan

Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja .

Cara makan untuk penggunaa biasa : Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji apricot tersebut.





Harga di kedai eridani : RM20 / 250 gm

Thursday 1 November 2012

Doum Fruit @ hyphaene thebaica @ Buah zuriat





Doum Fruit 







Doum fruit ( nama saintifiknya : Hyphaene thebaica )  lebih di kenali dengan nama buah zuriat @ buah adam @ buah hawa di Malaysia .

Buah ini mempunyai kegunaan tertentu terutamanya :

* Melancarkan perjalanan darah
*Membuang toksik dalam badan
*Mengawal kandungan gula dalam darah


Kebaikkan Buah ini InsyaAllah dapat melegakan sakit dan lenguh badan , serta membantu kesuburan insyaAllah kesan dari perjalanan yang lancar dan toksik di buang dari badan.

Cara Minum :

Belah biji zuriat itu dan rebus biji dan sarungnya sehingga warna seperti teh ( kekuningan ) .



Harga : 1 packet kecil = RM 10 ( 2 biji ) , 1 packet besar = rm 20 ( 4 biji )


Sunday 21 October 2012

Minyak Biji Delima





MINYAK BIJI DELIMA

Buah delima merupakan buah yg sgt kaya dengan vitamin yg amat diperlukan utk tubuh badan kita. Buah yg kaya dengan potasium, vitamin C dan A.
Minyak biji delima ini dihasilkan secara cold-pressed dari biji delima yang penuh khasiat dan kaya anti-oksida yg mampu menentang radikal bebas utk melawan serangan kanser. Ia memiliki semua khasiat seperti yang terkandung dalam jus, pati dan cuka tetapi nilainya lebih padat, di mana hanya tujuh titik minyak ini sudah menyamai khasiat satu sudu kecil pati delima. Ia berkhasiat utk awet muda, mencantikkan kulit, menstabilkan paras gula dlm darah, menstabilkan tekanan darah, merawat masalah cacing dlm bdn, mengawal paras kolesterol, buang toksin.

Antara Khasiat lain:

1. Tinggi khasiat  asid punika (sejenis anti-oksida untuk mencegah kanser, sakit jantung dan agen anti-penuaan ) dan asid ellagik yang tinggi, berserta dengan ciri-ciri estrogenik semulajadi yang merawat masalah senggugut/ PMS, monopous dan kekurangan hormon estrogen yg boleh menyebabkan:

- Kekeringan di bahagian kemaluan wanita
- Hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk
- Kehilangan rasa ingin bersama
- Kekenduran buah dada
- Kekenduran di kulit
- Perubahan mood dan perasaan murung
- Oseoporosis
- Peningkatan kolestrol di dalam darah

2. Menyubur dan meningkatkan keanjalan serta memperbaiki struktur kulit dan menguatkan lapisan kulit

3. Bersifat anti-mikrobial dan anti-inflamatori, untuk merawat masalah kulit seperti ekzema, kulit kering bersisik, kesan matahari dan psoriasis

4. Merupakan minyak yang bertekstur ringan, mudah meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak dan berkilau pada permukaan kulit. Maka, ianya sesuai untuk penjagaan semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat dan sensitif

5. Memberi kesan seri pada kulit, merapatkan pori-pori, menyegarkan kulit, memperbaiki tahap keanjalan kulit, melambatkan proses kedutan dan mengimbangi kadar PH kulit (asid-alkali)

6. Memulih kesan luka, calar, sunburn dan memudarkan parut lama dan baru (termasuk parut demam campak dan luka jahitan) serta menghilangkan kesan regangan (sewaktu hamil atau selepas program menurunkan berat badan) - sapu dan urut pada bahagian berkenaan

7. Gunakannya setiap hari untuk mendapatkan tona kulit yang cerah dan sekata disamping menghalus, melicin dan melembutkan kulit

8. Minyak biji delima digunakan untuk mengatasi masalah jeragat yang serius.

9. Menstabilkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular



  • 7 titis dicampur ke dalam air minuman 1x sehari
  •  Titiskan 3-5 titik Minyak Biji Delima ke tapak tangan dan oleskan ke seluruh wajah . Apabila meresap sepenuhnya ke dalam kulit , bole lah diteruskan dengan menggunakan krim pelembap yg lain
  • Anda boleh titiskan beberapa titik ke dalam krim pelembap kegemaran anda untuk menambah keberkesanan fungsi krim tersebut.




    Rm33/ bottle  .

    Diskaun jika membeli lebih dari sebotol . Dan harga lebih menarik untuk belian secara borong !!

    Kredit : http://cottonclosetnsuch.blogspot.com

Thursday 11 October 2012

Khasiat Madu Hitam @ Black Honey

Madu hitam

Madu yang kaya dengan vitamin dan kalium.


Khasiat Madu Hitam 

  • Mengurangi risiko penyakit stroke
  • Mengurangi risiko penyakit asma.
  • Mengurangi risiko penyakit jantung.
  • Tulang rapuh @ osteoporosis
  • Gastrik.
  • Kanser
  • Sakit kusta
  • Penguat daya ingatan
  • Mengurangkan berat badan
  • Awet muda
  • Mengurangkan efek negatif  merokok
  • Untuk tenaga dalaman lelaki dan wanita











Sehingga kini , Kedai Eridani membekal dan memasarkan madu hitam  ,


1- Dari mesir , jenama  El Bawadi






2- Dan jenama dari saudi , jenama Al - Shifa , juga di kenali sebagai madu black forest , lebah madu ini hidup di dalam hutan "black forest" dan mendapatkan makanan dari hutan black forest untuk menghasilkan madu ini .



Monday 8 October 2012

Kebaikkan Minyak Zaitun & Jenis Minyak Zaitun


Minyak Zaitun



Terdapat 3 jenis minyak zaitun:



  1. Extra Virgin Olive Oil
    Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

  2. Virgin Olive Oil
    Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

  3. Olive Oil
    Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.

    * Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
    * Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
    * Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
    * Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
    * Antioksidan dan antikanser
    * Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang  baik (khasnya bagi kanak-kanak)
    * Membekal vitamin E
    * Kecantikan (kulit dan rambut)
    * Kestabilan asid lemak
    * Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan



Virgin
Olive Oil


250 ml

Harga :  Rm 10.00

Extra Virgin
Olive Oil

                                                                             250 ml

Harga :  Rm 13.00

                                                    500ml

Harga : Rm 23.00

Kebaikkan Minyak Pati Aprikot, Minyak Habbatus Sauda , Minyak Biji Badam , Minyak Biji Anggur


Minyak Pati

Minyak Pati
 ( Dogaci ) 

50 ml
Price :  Rm 22 .00



20ML
RM12.50

Types :
 * Minyak Biji Aprikot
 * Minyak Habbatus Sauda
 * Minyak biji badam
* Minyak biji anggur
MINYAK BIJI APRIKOT (syria)

Terbukti secara klinikal, Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.

Biji Aprikot mempunyai kandungan khasiat yang sangat luar biasa. Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini kanser) yang merupakan pembunuh senyap.
Apricot Seed Oil di proses secara 'Cold Press' untuk menjaga kualiti dan ketulenan minyak biji aprikot.
Dogaci Pure Apricot Kernel Oil sesuai utk semua jenis kulit dan utk penjagaan kulit di bawah mata. Ia membantu mengurangkan kedutan, menegangkan dan melembapkan kulit, merawat stretch mark serta menanggalkan sel kulit mati. Menyerap jauh kedalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit pada kulit. Ia merupakan minyak yg kaya dgn vitamin A, B dan E yg dpt membantu mengembalikan keanjalan, keremajaan dan kecerahan kulit.
Kaya dengan asid lemak spt oleic dan linolic dan tinggi kandungan vitamin A. Ia mengandungi antiseptik dan antibakteria yg sgt bagus utk merawat luka dan kesan sunburn serta sgt bagus utk merawat kulit kering, dan radang pd kulit spt eczema dan dermatitis

Dogaci Pure Apricot Kernel Oil juga sgt sesuai utk di ambil sebagai supplement utk kesihatan dalaman bagi merawat masalah spt:

• Mencegah & merawat KANSER
• Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
• Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental
• Menguatkan imun badan / pesakit SLE
• Masalah keputihan
• Masalah rahim wanita
• Utk rawatan lingkaran mata
• Mengurangkan kedutan, melembapkan dan mengencangkan kulit, mengurangkan stretch mark dan membuang sel kulit mati untuk mencerahkan dan meremajakan kulit

100% perahan tulen minyak biji aprikot. Tanpa sebarang additives atau bahan kimia, ia merupakan minyak asli yg kaya dengan vitamin dan mineral yg selamat dan sangat berkhasiat.


CARA PENGAMBILAN:

1 sudu teh sekali sehari
Untuk pesakit kanser, 1 sudu teh 5 kali sehari (tiap kali selepas solat)






MINYAK BIJI ANGGUR (syria)
Dogaci Pure Grape Seed Oil boleh diambil(1 sudu teh sehari) sebagai supplement harian dan disapu pada kulit . Ia membantu mengurangkan kedutan, mengencangkan , melembapkan kulit serta meremajakan sel kulit. Ia juga merawat bibir kering dan merkah.
Grape Seed Oil mengandungi kandungan Omega 3 & 6 dan antioksidan yang amat tinggi as.

Jika diambil diamalkan sesudu setiap hari, ia mampu melindungi saluran dan pembuluh darah, mengurangkan kolesterol dan menbersihkan tubuh. Terbukti secara klinikal, grape seed oil mengandungi antioksidan yg lebih tinggi berbanding vitamin C and E.
Ia juga mampu memberi penjagaan yg rapi pada rambut, melindungi rambut dari keguguran, menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat bersinar.Dogaci Pure Grape Seed Oil di proses secara 'Cold Press' untuk menjaga kualiti dan ketulenannya. 100% asli tanpa sebarang campuran kimia dan kaya dengan vitamin and mineral.



Apa itu OPC?
• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur. Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna. Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.



Khasiat Grape Seed Oil:
• Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
• Agen antioksida yg mudah serap
• Menurunkan kadar LDL kolestrol
• Meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
• Meningkatkan imune tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit
• Menyumbang kolagen untuk kulit dan awet muda
• Menghalang pembengkakan dan keradangan
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh wanita yang hampir monopous
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
• Merawat bibir pecah, merawat kulit di bawah mata
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan
• Anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
• Penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah
• Merawat sakit sendi, arthritis

CARA PENGAMBILAN:

1 sudu teh sekali sehari @ dua kali sehari .




Khasiat Makanan Berasas Habbatus Sauda



(Black seed)Habbatus sauda



Kopi Habbatus Sauda
+
Madu Yaman




1 box = 12 sachet

Harga :  Rm 18.00



Khasiat Kopi Habbatus Sauda + Madu Yaman

~ Meningkatkan tenaga, kecergasan mental dan fizikal tubuh
~ Membantu memperlahankan proses penuaan
~ Mengatasi masalah lemak berlebihan dan kegemukan
~ Membantu melancarkan pengaliran darah
~ Mengimbangi metabolisma dalam tubuh, meningkatkan sistem tahap daya tahan tubuh




Kapsul Habbatus Sauda
 ( Baraka) 




Harga :  Rm 12 . 00



 Khasiat Habbatus Sauda



Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam." Aisyah r.ha. pun bertanya: " Apakah Al Saam itu?" Jawab Baginda s.a.w. "Mati." (Riwayat Al-Muslim)

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda'" yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.



1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma

Bahan "Nigellon" yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).


3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan "Nigellon" dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan "Histamine" dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan hempedu


7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bakteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan "Cisplatin",  yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat "Cisplatin" ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti "E Coli", "Strep.Fecalis" dan "Bacillus subtilis." Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Cirit-Birit disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah cirit-birit dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.


14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migrain.