Monday 26 November 2012

Cara menggunakan Minyak Habbatus Sauda





Cara menggunakan Minyak Habbatus Sauda






Batuk dan Semput
Sapukan Minyak Habbatus Saudapada dada dan belakang. Campurkan satu sudu teh Minyak Habbatus Saudake dalam air mendidih dan hidu wapnya 2 kali sehari. Minum satu sudu teh Minyak Habbatus Sauda setiap pagi.
Untuk sakit hidung, tekak dan tonsillitis
Campurkan beberapa titik minyak Habbatus Saudake dalam satu cawan air mendidih dan hidu wapnya. Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan dengan jus limau setiap hari.
Untuk Sakit Mata dan penglihatan yang kurang terang
Sapukan minyak Habbatus Saudadisekeliling mata dan kelopak mata. Minum setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan dengan jus lobak merah. Bagi yang memiliki penglihatan pudar, teruskan kaedah ini.
Rambut Gugur & Pertumbuhan Uban Terlalu Awal
Sapukan kulit kepala seluruhnya dengan limau dan biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air dan syampu dan keringkan rambut. Selepas itu, sapukan Minyak Habbatus Sauda  kepada seluruh kulit kepala. Teruskan untuk beberapa minggu.
Sakit Belakang & Sengal-Sengal Tulang
Panaskan sedikit Minyak Habbatus Saudadan sapukan kepada bahagian yang sakit. Minum setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda selama 15 hari.
Sakit Kepala & Telinga
Sapukan Minyak Habbatus Sauda pada dahi, dan di bahagian sebelah muka hingga daerah telinga dan di belakang telinga. Minum setengah sudu teh Minyak Habbatus Sauda. Teruskan selama 3 hari.
Sakit Gigi
Kumuh air panas yang bercampurkan setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda. Bubuhkan minyak Habbatus Sauda pada gigi yang sakit.

0 ulasan:

Post a Comment