Thursday 29 August 2013







HARGA GAJUS

1KG (RM55.00) SM
500GM (RM30.00) SM

250GM (RM15.00) SM

Sebuah kajian mendapati, biji gajus atau kacang gajus boleh menjadi ubat yang berkesan untuk mengatasi diabetes kerana ia mampu menghasil insulin yang diperlukan tubuh bagi mengelak berlaku penyakit kencing manis.Para penyelidik dari Universiti Montreal Kanada dan De Yaounde Cameroon menganalisa apakah ekstrak kacang gajus dapat memperbaiki kemampuan tubuh untuk menghasilkan insulinnya sendiri, demikian laporMolecular Nutrition and Food Research.Gajus kaya dengan antioksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas yang sering dikaitkan dengan kanser. Antioksidan gajus juga dipercayai dapat mengurangkan risIko kencing manis dan batu karang.

.



 PISTACHIO
1KG (RM55.00) SM
500GM (RM30.00) SM
250GM (RM15.00) SM

Apa khasiat kacang pistachio pula?

1. Kaya dengan zat besi dan serat yang membantu sistem perncernaan badan.

2.Kaya dengan sumber lemak yang menurunkan kadar kolestrol’ jahat’ LDL dan meningkatkan kadar kolestrol’ baik’ HDL

3.Kaya dengan anti oksida yang mampu melindungi sel dari kerusakan bahan kimia berbahaya yang disebut radikal bebas.

4. Kaya dengan potassium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda

5.Kaya dengan fitoterol yang membantu menurunkan risiko kanser dan penyakit jantung




WALNUT

1KG (RM55.00) SM
                                                                   500GM (RM30.00) SM
                                                                    250GM (RM15.00) SM


KHASIAT  WALNUT

Kacang walnut kaya dengan vitamin B6. la penting untuk pembentukan protein dalam tubuh badan, keseimbangan hormon dan fungsi-fungsi pelalian.Selain vitamin B6, walnut juga kaya dengan vitamin B1 yang juga dikenali sebagai thiamine dan juga asid folik. Vitamin jenis ini penting untuk menguatkan daya ingatan dan konsentrasi. Ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan mangan yang penting untuk menguatkan saraf.

Anda tidak perlu risau kerana kandungan kalorinya lebih rendah daripada kacang pecan atau kacang macadamia. Kandungan lemaknya pula lebih rendah daripada kacang Brazil, tetapi kandungan proteinnya dua kali lebih tinggi.
Amalan memakan walnut enam kali seminggu boleh men­gurangkan risiko diserang sakit jantung, sekali gus meman­jangkan usia. Apakah rahsianya? Kacang walnut mengandu­ngi asid lemak mono tepu (monosaturated fatty acid) yang menurunkan paras kolesterol. Ia juga kaya dengan vitamin E, sejenis bahan antioksida yang melindungi jantung, sekali gus menghindarkan serangan sakit jantung.




                                                                            BADAM
                                       
                                                                        1KG (RM53.00) SM
                                                                      500GM (RM28.00) SM
                                                                       250GM (RM15.00) SM

 Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

Terdapat berbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini. Selain tinggi khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Berbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat. Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda. Semuga anda bertambah sihat, ceria serta berbahagia.




                                               

                                               
                                                                         APRICOT SEED B17
                                                             
                                                                         1KG (RM50.00) SM
                                                                      500GRM (RM25.00) SM
                                                                       250GRM (RM8.00) SM

Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....
masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...

Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok

Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.

Biji yang penuh dengan KEAJAIBAN pada abad ke- 21

JUGA BERTINDAK

•Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
•Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masaalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental

Tip Kanser :

Amalkan memakan makanan yang mengandungi B17 di bawah ini.

a. Broccoli, asparagus, beets,(tumbubuhan yang akarnya manis), Kobis,Lobak merah,Bunga kobis,celery, timun , lemon hijau dan kuning,

b. Kacang hijau, kacang merah, dan kacang buncis, lada hitam ( yang muda) Bayam, spinach, biji sawi, collards, asparagus, salad, kacang bendi, daun parsley, kobis, segala jenis lobak, sayaur yang ada getah putih dan berdaun besar,sengkuang cina, daun gandum muda, barley grass, Ubi sengkuang, tauge, bawang putih dan bawang merah.

Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph

Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.

Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.

Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya.

 Khasiat

- Anti penuaan, ketahanan badan ,meningkat sistem imuniti , kardiovaskular dan masalah peredaran darah , kencing manis , sawan, keletihan kronik , Detoksifikasi hatipenyakit autoimmune/SLE , asma/alahan , radang paru-paru , Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar.



Untuk kewanitaan

- Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja .

- Cara makan untuk penggunaa biasa : Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji apricot tersebut.



                                                               
                                                              SUNFLOWER SEED WITH HONEY
                                                                  
                                                                  1KG (RM45.00) SM
                                                              500GRM (RM24.00) SM
                                                             250GRM (RM12.00) SM



   Khasiatnya:-

-  Pencegahan penyakit kardiovaskular
-  Pengurangan gejala dalam asma, osteoartritis, dan rheumatoid arthritis
- Vitamin E begitu banyak terdapat dalam biji bunga matahari juga telah ditunjukkan untuk mengurangkan        risiko kanser kolon, kanser pundi kencing, dan kanser prostat.
- Vitamin E juga memberikan ciri-ciri anti-radang biji bunga matahari, yang berkesan dalam mengurangkan        gejala-gejala artritis.
- Fungsi vitamin E amat jelas dalam kes kulit, kerana vitamin E secara langsung melindungi kulit dari sinaran     ultraviolet